Saturday, 1 December 2012

Info rahim yg tak kuat menyebabkan kerap keguguran

Kesian sgt kat wanita2 di luar sana? tentang rahim yg tak kuat menyebabkan kerap keguguran, tahukah anda resiko keguguran ni, kalau teruk boleh menyebabkan rahim anda dibuang? di sini saya nak nasihatkan utk wanita2 yg mengalamai masalah ini, amalkan lah ayat di bawah, dan kalau nk rawatan utk dalaman juga, pm saya. Saya akak membantu anda.. insyallah..selalunya yg berisiko adalah wanita yg senggugutnya amat teruk, wanita yg haid tidak tetap, wanita yg kerja berat sgt dan byk stress, Pemakanan yang tidak sihat, Merokok, Horman yang tidak seimbang, Jangkitan kuman, Masalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.Terdedah pada radiasi dengan banyak Mengambil ubatan yang memudaratkan bayi Demam yang tersangat panas, Rahim yang tidak normal

SURAH AL-Hij'r (Batu Gunung)

Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

Terjemahannya:

Ayat 97

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.

Ayat 98
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.

Ayat 99
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

Cara-cara Bacaan.
Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. Baca sekurang-kurang 3 x doa ini dan dihembuskan pada perut anda. InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.

Sedikit maklumat perubatan tentang keguguran bayi dari kandungan.

Fakta Keguguran
Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.

Sebab keguguran
Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment