GARAM BUKIT
Ia lebih dikenali sebagai GARAM KRISTAL GUNUNG HIMALAYA adalah
garam bukit yang berasal dari kawasan gunung Himalaya dan berada dalam
bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling
bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna.
Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia.
Garam
bukit menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya. Ia
berfungsi sebagai pemangkin dalam tindak balas kimia oleh itu sangat
perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah
angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah,
merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan
vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi
kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah
osteoporosis.
|
Buah Manjakani
Ramai
yang beranggapan bahawa manjakani adalah sejenis buah yang dihasiklan
oleh pokok manjakani.Sebenarnya manjakani ialah sejenis puru atau
benjolan yang terhasil pada kulit sesetengah pokok seperti pokok
mempening hasil dari tidakbalas pokok terhadapa serangan sejenis tebuan
(cynipsh gallae tinctoria).Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok
bertunas , apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas
sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil.
manjakani
ialah sejenis tumbuhan renek dan selalunya mempunyai ketinggian sekita
1.8 meter.Daun manjakani menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya
tumbuh bersilang licin , berbentuk bulat dan berwarna hijau muda.
Biji manjakani mengandungi 50-70 % tanin dan 3 % gallic asid.Biji manjakani terbaik dikatan berasal dari daerah Aleppo Syria.
kegunaan:
Antara
khasiat manjakani yang diketahui umum ialah ia dapat menjadi penawar
pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita.Penyediaanya
ialah dengan cara merebus 6 biji majakani dengan 3 helai daun beluntas
dan 1 helai daun tutup bumi. Airnya direbus hingga mendidih dan
menghasilkan air berwarna keperangan. Air ini akan diambil sebagai
minuman sebanyak 2 kali sehari. Seeloknya air rebusan tidak disimpan
terlalu lama walaupun didalam peti sejuk.
Manjakani
ini boleh direndam seketika dengan air suam dan dimakan bersama
madu.Air rendamannya juga diminum.Ia begitu mujarab untuk merawat luka
dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran.
Untuk
kegunaan luaran buah manjakani bleh diasah pada belakang pasu dan bubuk
yang terhasil ditampal pada luka.Asid galik yang terdapat didalamnya
juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.
Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.Ia
juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi
kandungan serat yang tinggi.
|
Mas cotek
Dikatakan merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan
Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan
pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta
mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun mas cotek juga
mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran
darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin
ahmar.
Untuk perubatan, pokok ini berkesan
untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara
mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina)
dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Minum airnya
bila suam. Ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan
asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. Ia juga
boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair. Selain dari daun dan
akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji
sehari) untuk menyihatkan badan
Air rebusan
daun, batang, akar, dan buah mas cotek terbukti dapat menyembuhkan
penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan
yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi
pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun mas cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.
Ia
juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus
daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.
1. Herba mas cotek dipercayai dapat menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.
2.
Herba mas cotek dipercayai dapat diminum sebagai tonik kaum wanita dan
sering digunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal serta
mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.
3.
Herba mas cotek dapat dipercayai boleh merawat sakit paru-paru berair,
kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit dan
meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.
4. Herba mas
cotek dipercayai dapat membantu mengatasi masalah-masalah berkaitan kaum
wanita seperti keputihan dan membantu menambah tenaga.
|
ikan belacak @ belodok @ tembakul
Ikan Belacak atau juga dikenali sebagai ikan Belodok, atau ikan
Tembakul merupakan ahli subkeluarga oxudercinae (suku:
Periophthalmini[1]), dalam famili gobidae (Gobies) . Ikan belacak
merupakan ikan afimbia, disesuaikan secara
unik bagi habitat
muara pasang surut, berbeza dengan kebanyakan ikan di
habitat sedemikian, yang hidup dengan air surut dengan bersembunyi di
bawah rumpt laut basah atau dalam kolam pasang surut.
[2]
Ikan belacak agak aktif semasa di luar air, makan dan berinteraksi
sesama sendiri, contohnya mempertahankan kawasan mereka.Ikan Belacak
hanya terdapat di kawasan tropika dan separa tropika, termasuk
keseluruhan Lautan Hindi-Pasifik dan Lautan Atlantik di persisiran
Afrika. Kajian mendapati ekstrak ikan belacak
mampu meningkatkan kualiti seksual. dimana ekstraknya mempunyai libido .
Libido dalam penggunaannya secara umum bererti gairah seksual. Mengikut
keyakinan masyarakat china dan korea ia digunakan untuk meningkatkan
libido dalam badan mereka. Kesan pengunaan sebatian ikan belacak ini
dari segi kesihatan pula, ianya mampu meningkatkan saiz otot Zakar untuk
menjadi lebih Besar..
|
Bunga Reflesia/ Pakma
Bunga
Pakma @ Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan
bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan
yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4
inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga pakma yang belum
mekar digunakan sebagai ubat tradisional. Kudup bunga ini boleh
dikeringkan satu-satu atau dipotong kecil-kecil sebelum ia dikeringkan.
Air rebusan bunga pakma diminum oleh kaum wanita sebelum bersalin supaya
mudah melahirkan anak dan selepas bersalin untuk membersihkan dan
menyempitkan rahim, kecutkan perut dan awet muda. Bunga Pakma juga
digunakan sebagai ubat perangsang , buasir, dan untuk serikan muka
wanita.
|
DAUN CINA MAKI
... Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Myrtales
Keluarga: Myrtaceae
Genus: Leptospermum
Spesies: L. flavescens
Nama binomial
Leptospermum flavescens
Cina
Maki sebenarnya nama sejenis daun yang disebut daun cina maki. Khasiat
air daun cina maki ialah dapat membersihkan lemak didalam tubuh badan.
Pokok ini tumbuh di kawasan hutan tanah tinggi hingga hutan gunung.
Batangnya berwarna perang dan liat. Daunnya kecil dan bujur. Bunganya
kecil berwarna putih.
|
Tongkat Ali
Sainstifik : Eurycoma longifolia Jack - Simaroubaceae
Nama lain :
Penawar
pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung
Ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang,
tongkat rasul, setunjang bumi dan pasak bumi.
Tongkat
ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (‘aphrodisiac’).
Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan
meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala, luka-luka,
kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral,
antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan
antiradang.Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri
ialah; eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang
banyak terdapat dalam akar. Maklumat lebih terperinci mengenai hal ini
sedang diselidiki. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia
(fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras
testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).
|
LEMPOYANG @ HALIA HUTAN
Kegunaan
Lempoyang
merupakan herba utama dan dicampur dengan daun-daun herba lain untuk
dijadikan sebagai rebusan mandian herba wanita lepas bersalin. Rebusan
daun lempoyang terbukti dapat memberi kesegaran dalaman dan luaran
kepada golongan wanita lepas bersalin. Lempoyang juga boleh membantu
mengatasi masalah kurang selera makan. Rizom muda lempoyang dimakan
secara berteusan sebagai ulam boleh digunakan untuk menambah selera
makan. Rizom muda yang dimakan mentah baik untuk wanita yang ingin
mengekalkan awet muda. Air rebusan rizom muda lempoyang membantu
melegakan atau mengubati sakit perut.
Info
tambahan : Mengikut kajian yang dibuat oleh saintis Institut Biosains
UPM, lempoyang mempunyai kemampuan rawatan yang sama seperti ubat
antikanser komersial selain tidak membunuh sel-sel normal manusia.
sumber : internet
|