FORMULA JAMU SUSUK ini telah hidup dari zaman sebelom perang dunia ke-2 yg diwarisi turun temurun dukun bidan kampung delek, klang selangor ~ arwah Mbah Roliyah hj Ali yang telah meninggal dunia sebelom malaya merdeka
Pembuat JAMU SUSUK DARA adalah cucu beliau Ms.
Hanni. Anak kepada Hj Borhan bin Hj Ali anak kepada Mbah Roliyah.
Kepakaran arwah Mbah Roliyah adalah sakit puan,
pengasihan dan pengaman rumahtangga.
Sebelum ini pada tahun 1970an sehingga lewat
1980an kerja kedukunan ini telah diwarisi oleh anak beliau arwah Yusak hj Ali.
Ketika peninggalan Hj Borhan bin Haji Ali
pulang ke rahmatullah, Ms hani telah didatangi dengan peristiwa - peristiwa
aneh dan situasi. Sehingga satu peristiwa ms hani mengalami keguguran dan dalam
mimpi beliau didatangi 3 org pening iaitu arwah abang beliau arwah Suhari hj
Borhan dengan senyuman, Arwah hj Borhan dengan memanggil ms hani untuk meminum
air yang sangat pahit dan suruh mengigit buah yang sangat keras serta arwah
mbah Roliyah sendiri menyelimutkan ms hani didalam mimpi dengan daun - daunan.
Sehabis bangun dari tidur dengan badan yang
masih lemah - lemah ms. hani berkongsi pengalaman mimpi dengan suami. bermula
dari saat itu ms. hani mendekatkan diri dan mengenali herba - herba untuk
kesihatan beliau sendiri dan dibimbing oleh ibunya Hajah Sanniyah Hj Yusof.
Sehabis pantang dan badan kembali sehat, ms
hani di datangi rakan - rakan yang bermasalah rumahtangga dan dilema wanita.
Sebagai rakan ms hani berkongsi pengalaman dan rahsia. sehingga hari ini secara
tidak langsung ms hani telah terjebak dengan pembuatan jamu di atas permintaan
rakan - rakan sehingga kepada pengeluaran yang lebih banyak dan permintaan
tidak terhad dan meluas di kalangan wanita umum tidak kira bangsa, agama dan
keturunan.
Dengan ini juga secara tidak langsung membuka
peluang menambah pendapatan rakan - rakan wanita. Dan Membuka ruang Perniagaan
kepada usahawan - usahawan wanita di luar sana.
Sehingga ke hari ini kami sedang berusaha
memenuhi permintaan pengguna yang memerlukan khidmat nasehat dan runding cara
penggunaan produk. malah pembuatan produk ditingkatkan usahakan dengan lebih
aktif dan memenuhi standard kelayakan permintaan kerajaan Malaysia ~ insyaallah.
PRODUK SUSUK DARA ~ kat sini tak ada penggunaan
kuasa sihir atau black2 magic. semuanya herba tulen semata2 dan tiada bahan
pengawet.
Rahsia warisan sejak tahun 1850an.
No comments:
Post a Comment